Sunday, April 26, 2009

Pengalaman Yang Sukar Dilupai

Terlalu banyak “pertama kali” yang telah saya alami dalam Lawatan Mononood ini. Pertama kali saya; berkunjung ke kawasan pedalaman, terkandas dalam kesesakan jalan raya yang jaraknya tidak lebih 2 km selama 4 jam setengah, melompat-lompat bagaikan semut dalam api di belakang kereta pacuan beroda sambil menaiki bukit, membaca doa dalam Bahasa Malaysia, menikmati keenakan mihun sup tulang di Batu 32….

Puji nama Tuhan kerana memberi peluang keemasan ini untuk mengikuti lawatan ini. Bermula daripada kekangan ahli keluarga kerana khuatir tentang cuaca dan keadaan jalan raya sepanjang perjalanan, sehinggalah mendapat keizinan mereka 1 jam sebelum masa bertolak, hanya syukur kepadaMu Tuhan yang dapat saya lafazkan.

Terima kasih Tuhan kerana tidak pernah meninggalkanku. Terima kasih kawan-kawan seangkatan kerana tidak putus asa dan sentiasa mengingatiku dalam doa. Sekali lagi saya menikmati kasihMu, kekuatanMu dan kebesaranMu Tuhan! Terlalu ajaib kuasaMu…..

Walaupun kami tidak sempat melawat ke kampung-kampung bersebelahan seperti yang dirancang, dapat dirasakan Kau tetap bersama kami. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kampung Mononood, namun saya percaya pasti akan ada peluang di masa akan datang. Jumpa lagi Kampung Mononood!

Anak Tuhan,

@t@N

12 Februari 2009

No comments:

Post a Comment