Sunday, July 26, 2009

Hari Minggu Bumiputera

Hari Minggu Bumiputera Pada 05-07-2009 bertempat di

Gereja Sy En Methodist Sandakan.

Saturday, July 11, 2009

Malam Bumiputera

Pada 04-07-2009 hari Sabtu malam Jam 7.30 bertempat Gereja Sy En Methodist Sandakan. Sekumpulan adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dan dua orang Rev iaitu Rev Han dan Rev Cecelia dari Kg. Mononood Gereja Methodist telah menyaksikan persembahan tarian mereka, kumpulan koir menggunakan lagu-lagu memujikan, mendoakan Tuhan dan juga Rev Han,Rev Cecelia menyampaikan pesanan kepada kita semua malam tersebut. Malam itu kita semua sangat gembira dan puji Tuhan kerana Dia iaitu Tuhan bersama kita semua terutamanya membawa mereka sama-sama memujikan Dia dan juga memimpinkan kita semua bersama lagi meninggikan namanya.

Sunday, April 26, 2009

Pengalaman Yang Sukar Dilupai

Terlalu banyak “pertama kali” yang telah saya alami dalam Lawatan Mononood ini. Pertama kali saya; berkunjung ke kawasan pedalaman, terkandas dalam kesesakan jalan raya yang jaraknya tidak lebih 2 km selama 4 jam setengah, melompat-lompat bagaikan semut dalam api di belakang kereta pacuan beroda sambil menaiki bukit, membaca doa dalam Bahasa Malaysia, menikmati keenakan mihun sup tulang di Batu 32….

Puji nama Tuhan kerana memberi peluang keemasan ini untuk mengikuti lawatan ini. Bermula daripada kekangan ahli keluarga kerana khuatir tentang cuaca dan keadaan jalan raya sepanjang perjalanan, sehinggalah mendapat keizinan mereka 1 jam sebelum masa bertolak, hanya syukur kepadaMu Tuhan yang dapat saya lafazkan.

Terima kasih Tuhan kerana tidak pernah meninggalkanku. Terima kasih kawan-kawan seangkatan kerana tidak putus asa dan sentiasa mengingatiku dalam doa. Sekali lagi saya menikmati kasihMu, kekuatanMu dan kebesaranMu Tuhan! Terlalu ajaib kuasaMu…..

Walaupun kami tidak sempat melawat ke kampung-kampung bersebelahan seperti yang dirancang, dapat dirasakan Kau tetap bersama kami. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kampung Mononood, namun saya percaya pasti akan ada peluang di masa akan datang. Jumpa lagi Kampung Mononood!

Anak Tuhan,

@t@N

12 Februari 2009

Lawatan ke Kg. Mononood, 7 - 8 Feb 2009

Inilah "Youth" yang gagah perkasa menyertai lawatan

Perkongsian Lawatan ke Kg. Mononood

Pemuda-pemudi (Youth) dari Sy En Methodist Church telah mengadakan satu rombongan melawat Kg. Mononood selama dua hari satu malam. Tujuan lawatan itu adalah untuk mengambil berat dan menunjukkan kasih sayang terhadap gereja orang tempatan dan juga kepada pastor. Selain itu, keperluan seperti beras juga turut disumbangkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang berlaku pada akhir tahun. Kami telah mendapat pengalaman yang berharga iaitu “Apa yang kita lakukan akan menjadi kehampaan jika tidak ada pimpinan Tuhan”.

Kami telah memulakan perjalanan awal-awal pagi pada 7 Februari. Kami telah mengambil lebih kurang 12 jam untuk sampai ke destinasi yang sepatutnya memerlukan hanya 4 jam untuk sampai kerana jalan yang terputus akibat hujan lebat. Kami terpaksa menunggu sehingga jalan boleh dilalui. Selain itu, tanah bukit yang lecak menyukarkan kereta untuk melaluinya. Namun, dengan berkat Tuhan dan pertolongan-Nya, kami sampai juga akhirnya ke destinasi kami. Ini merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan dan kami kagum dengan kekuasaan Tuhan.

Malam itu, selepas kami menikmati makan malam, kami berkumpul untuk perkongsian. Pastor Cecelia bersama-sama kami berkumpul dan berdoa. Walaupun kami berasa letih, kami tetap berkongsi pengalaman dan pengajaran yang kami hadapi dengan bersungguh-sungguh. Pastor Cecelia berkongsi berkenaan keperluan Kg. Mononood dan masalah yang dihadapinya. Memang banyak kekurangan. Lawatan kami ke Kg. Mononood telah memberi satu tindakan mengambil berat tentang berita baik kepada Kg. Mononood. Ini mengukuhkan lagi peneguhan hati Pastor Cecelia dalam melaksanakan kerja ini kerana dia tahu bahawa dia tidak keseorangan. Selain daripada sumbangan kewangan dan barangan, doa adalah penting untuk dia menempuhi segala dugaan. Jika bukan kerana kasih Tuhan, tidak akan ada orang yang sanggup berkorban untuk pelayanan ini kerana pastor pun seorang manusia biasa.

Hari kedua, semasa Hari Minggu, sebahagian pemuda-pemudi terlibat dalam penyembahan lagu dan dua orang saudari membantu dalam Sekolah Minggu untuk kanak-kanak. Walaupun dengan hanya gitar dalam penyembahan, suara puji-pujian tetap merdu. Walaupun keadaan gereja yang serba kekurangan, tetap sehati sejiwa dalam penyembahan. Akibat banjir, ramai penduduk tidak dapat hadir pada penyembahan. Selain daripada penduduk tempatan, terdapat juga rombongan dari gereja bahasa Inggeris (AGAPE) yang seramai 26 orang. Di kalangan mereka terdapat doktor gigi, tukang rambut dan sukarelawan untuk memberi perkhidmatan pergigian dan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma. Walaupun daripada gereja yang berbeza, kami tetap mempunyai hati yang sama untuk melayani.

Selepas makan tengahari, kami pun berangkat pulang yang hanya memerlukan perjalanan selama 4 jam. Walaupun masa yang singkat di Kg. Mononood, kami dapat menikmati limpahan kurnia Tuhan ke atas kami. Segala puji syukur kepada Tuhan ! Amen.

Terjemahan dari teks Mandarin yang ditulis oleh 王筱钫

Kanak-kanak di Sekolah Minggu

Pastor Cecelia, begitu tabah melayani di Kg. Mononood